Sunday, September 7, 2008

Holocaust::The Jewish Dilemma

Pengenalan

Firman Allah yang bermaksud : “Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu,padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.”(Al-An’aam:123)

‘Holocaust’ merujuk kepada peristiwa di zaman perang dunia kedua di mana kononnya enam juta Yahudi dibunuh dalam dewan beracun oleh tentera Jerman,Adolf Hitler melancarkan program pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai Yahudi ketika Perang Dunia Kedua di berpuluh kem tahanan di Jerman dan Poland. Kem seperti Dachau, Buchenwald serta kem tahanan lain di Jerman termasuk kem Auschwitz dan kemudahan induknya Birkenau,Stutthof, Treblinka , Chelmno, Sobibor, Majdanek dan Belzec di Poland dianggap sebagai kem maut bagi Yahudi apabila berjuta mati di kem itu.

Banduan Yahudi kononnya disumbat ke dalam bilik sebelum di lepaskan gas beracun, menyebabkan mereka mati serta-merta. Penderitaan masyarakat Yahudi akibat dasar kejam Hitler ini digambarkan dengan ribuan gambar mayat bertimbun-timbun di luar kem tahanan itu.

Kemudian tentera Soviet dan tentera bersekutu, menyelamatkan saki-baki penduduk Yahudi di semua kem di Poland ini dan dibebaskan.

Kisah penderitaan ini dicatatkan dengan penuh dramatic oleh seorang wanita Yahudi menerusi Diari Anne Frank(http://en.wikipedia .org/wiki/ Anne_Frank). Diari ini, yang dianggap catatan peribadi paling menakjubkan berdasarkan kesengsaraan yang dialami, dijadikan teks bagi pelajar dan antara rujukan utama kisah kezaliman terhadap Yahudi.

Dalam rencana halaman 12, The Christian Science Monitor bertarikh 10 Ogos 1994 tulisan Jewess Linda Joffe menyatakan, kira-kira 560 000 Yahudi tinggal di Jerman ketika Nazi berkuasa pada 1933. Hampir semua Yahudi itu dibunuh. Kini, hanya 50 000 Yahudi tinggal di Jerman.

Penderitaan Yahudi inilah diistilahkan sebagai Holocaust atau malapetaka dan kemusnahan besar masyarakat itu ketika Perang Dunia Kedua. Selepas perang dan sehingga kini, rata-rata masyarakat dunia menganggap Nazi dan rejim Hitler adalah manusia paling keji dalam peradaban dunia.

/
============ ========= ========= ====
============ ========= ========= ====
============ ========= ========= ====

-pkpimsiber-

No comments: